Sarana Pembangunan SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad

Transformasi menyeluruh kemudahan dan infrastruktur SMKTPPTM di Indera Mahkota, Kuantan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan moden.

🎯

Visi & Objektif

Mengukuhkan kerjasama strategik antara PIBG, sekolah, dan komuniti untuk menyediakan infrastruktur pembelajaran bertaraf dunia.

⏱️

Tempoh

2023 - 2026

Fasa pembangunan berterusan

🚀

Impak

Peningkatan 40% kemudahan pembelajaran, 100% akses internet, dan persekitaran yang lebih kondusif.

📋

Aktiviti Pembangunan SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad

📅

Aktiviti 2026-2027

Fokus utama: Pembangunan berterusan dan sokongan komuniti

💚

Sumbangan 100 Plus untuk Larian Panglima

Sumbangan

Terima kasih kepada YDP di atas sumbangan peribadi 100 Plus buat semua anak-anak Panglima sempena LARIAN PANGLIMA pada 30 Januari 2026.

Sumbangan 100 Plus untuk Larian Panglima 1 Sumbangan 100 Plus untuk Larian Panglima 2 Sumbangan 100 Plus untuk Larian Panglima 3 Sumbangan 100 Plus untuk Larian Panglima 4
⚙️

Laporan Aktiviti Pendawaian Dewan 2026-2027

Kemudahan

Alhamdulillah kelulusan pendawaian projek pemasangan pendingin hawa dewan telah diperolehi pada awal tahun 2026. PIBG SMKTPPTM kini dalam proses mematuhi sepenuhnya keperluan pendawaian sebagaimana yang ditetapkan oleh JKR.

Walau bagaimanapun, proses kelulusan TNB memerlukan pelantikan consultant bertauliah bidang elektrik sebelum kerja-kerja pendawaian dapat dilaksanakan. Proses ini dijangka memakan masa kerana melibatkan pemasangan kabel bawah tanah bagi menyalurkan bekalan kuasa ke dewan.

Anggaran kos keseluruhan adalah sekitar RM300,000. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan demi memberi keselesaan kepada anak-anak Panglima. Tiada yang mustahil apabila kita bersatu hati.

Ikhlas,
YDP PIBG Sesi 2025/2026

💡

Penambahbaikan Timer Lampu Jalan

Keselamatan

Alhamdulillah, PIBG SMKTPPTM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MBK dan En Hazrin di atas tindakan pantas membantu para ibu dan bapa SMKTPPTM menghantar anak ke sekolah seawal jam 6:45 pagi. – 12 Januari 2026

Untuk makluman sebelum ini timer lampu jalan tamat lebih awal menyebabkan jalan gelap dan tidak sesuai untuk anak-anak melintas jalan. Semoga dengan usaha ini mengurangkan aspek berlakunya kemalangan.

Sebelum (gelap)

Selepas (terang)

Lampu jalan selepas penambahbaikan timer
🌳

Pemotongan Pokok Hiasan di Laluan Melintas Jalan

Keselamatan

Alhamdulillah, PIBG SMKTPPTM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MBK dan En Hazrin di atas tindakan pantas membantu para ibu dan bapa SMKTPPTM memotong pokok hiasan pada laluan melintas jalan. Sebelum ini pokok tersebut memang betul-betul berada di tengah laluan menyebabkan kenderaan yang menggunakan jalan sukar melihat murid-murid melintas jalan. – 13 Januari 2026

Sebelum

Pokok hiasan sebelum dipotong di tengah laluan

Selepas

Laluan melintas jalan selepas pokok dipotong
🛡️

Khidmat RELA Sesi 2026

Keselamatan

Alhamdulillah perkhidmatan RELA pada tahun sesi 2026 diteruskan, terima kasih kepada kesemua ibu dan bapa murid SMKTPPTM yang sudi secara sukarela membayar perkhidmatan yang diberikan oleh RELA Kuantan. Semoga kesemuanya dipermudahkan segala urusan.

Terima kasih kepada RELA Kuantan sudi meneruskan perkhidmatan seperti mana tahun 2025.

📅

Aktiviti 2025-2026

Fokus utama: Penambahbaikan kemudahan dan keselamatan sekolah

❄️

Kempen Pemasangan Pendingin Hawa Dewan

Kemudahan

Kempen pemasangan pendingin hawa dewan SMKTPPTM bagi memberi kelesesaan kepada anak-anak yang menduduki peperiksaan SPM. PIBG juga telah mengadakan rundikan pra konsultasi dengan pihak TNB Pahang yang mengawalselia bekalan ke sekolah-sekolah. Semoga niat baik dan murni ini dapat direalisasikan pada peperiksaan SPM bertulis pada 25hb November 2025. Proses penghantaran pembelian telah selesai pada 8hb November 2025. Dana Terkumpul: RM 53,747 daripada sasaran RM 100,000. - Ikhlas dari PIBG SMKTPPTM

Kempen pemasangan pendingin hawa - gambar 1 Kempen pemasangan pendingin hawa - gambar 2
🚻

Baik Pulih Tandas Dewan

Pembaikan

PIBG sekolah telah menjalankan usaha baikpulih tandas dewan juga bagi memberikan keselesaan kepada calon-calon SPM sekolah. Sebelum ini, tandas tidak terjaga dan ada yang tersumbat dengan bahan-bahan yang tidak sepatutnya. Sama-samalah kita menjaga tandas sekolah. Proses membaiki telah siap sepenuhnya pada 29 Oktober 2025.

💝

Tabung Sumbangan Kasih SPM 2025

Sumbangan

Sedikit makluman berkenaan dengan Tabung Sumbangan Kasih SPM 2025 yang telah dibuka pada 24hb Oktober 2025. Alhamdulillah jumlah kutipan setakat ini adalah RM 16,556.43 masih jauh dari sasaran kita RM 20,000. Untuk makluman tuan puan, tabung kita masih dibuka sehingga selesai peperiksaan SPM 2025.

Peruntukan Makanan:

  • • Menu pagi: Roti dan air
  • • Menu tengahari: Nasi (disediakan oleh kantin sekolah)
  • • Kesemua calon akan menerima makanan yang telah diperuntukan
Kemajuan Kutipan 82.8%

RM 16,556.43 / RM 20,000

Semoga segala usaha kita diberkati. - Ikhlas dari PIBG SMKTPPTM

🪑

80 Buah Meja untuk Kegunaan Peperiksaan di Dewan

Kemudahan

Menyediakan meja untuk kegunaan peperiksaan di dewan sekolah.

Meja peperiksaan 1 Meja peperiksaan 2 Meja peperiksaan 3
🚪

Ganti Pintu Tandas Lelaki Blok F dengan Pintu Kayu

Pembaikan

Menggantikan pintu tandas lelaki blok F dengan pintu kayu yang lebih berkualiti.

Pintu tandas 1 Pintu tandas 2 Pintu tandas 3 Pintu tandas 4
🤝

Khidmat Rela Ketika Tamat Waktu Persekolahan

Keselamatan

Menyediakan khidmat rela untuk keselamatan pelajar ketika tamat waktu persekolahan.

Khidmat rela
🔧

Baiki Tangki Blok F Atas Kelas Tingkatan 5

Pembaikan

Membaiki tangki air di blok F atas untuk kelas tingkatan 5.

Tangki 1 Tangki 2 Tangki 3 Tangki 4

Mencantikkan Kelas Tingkatan 5

Keceriaan

Mencantikkan dan memperbaiki suasana kelas tingkatan 5 untuk pembelajaran yang lebih selesa.

Keceriaan kelas 1 Keceriaan kelas 2 Keceriaan kelas 3 Keceriaan kelas 4
💡

Penambahbaikan Projektor Dewan

Kemudahan

Penambahbaikan projektor dewan sekolah untuk pembelajaran yang lebih efektif.

Projektor 1 Projektor 2 Projektor 3

💝 Sumbang Sekarang

Setiap sumbangan anda akan membantu pembangunan sekolah dan kejayaan anak-anak.

🏦

Akaun PIBG

Pembangunan sekolah

Bank Bank Rakyat
Akaun PIBG SMKTPPTM
Nombor Akaun
11-0112368-4
🕌

Akaun Digital Surau

Pembangunan surau

Bank Bank Muamalat
Akaun Surau As-Syakirin
Nombor Akaun
06050000379712
Enlarged